Pembelajaran berasaskan permainan bagi kursus asas pengaturcaraan: Ketahui sikap dan minat pelajar
Abstrak Kursus Asas Pengaturcaraan merupakan salah satu kursus yang mencabar dan sukar serta kompleks bagi pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian. Dalam kursus ini, pelajar perlu mengetahui konsep dan struktur asas serta syntax asas pengaturcaraan komputer....
Saved in:
Published in: | Journal of ICT in Education Vol. 10; no. 1; pp. 14 - 25 |
---|---|
Main Authors: | , , |
Format: | Journal Article |
Language: | English |
Published: |
Pejabat Karang Mengarang UPSI
01-06-2023
|
Subjects: | |
Online Access: | Get full text |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abstrak Kursus Asas Pengaturcaraan merupakan salah satu kursus yang mencabar dan sukar serta kompleks bagi pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian. Dalam kursus ini, pelajar perlu mengetahui konsep dan struktur asas serta syntax asas pengaturcaraan komputer. Cabarannya adalah pelajar didapati kurang berminat dengan pembelajaran secara teori sekaligus mengakibatkan kesukaran dalam menghasilkan kod aturcara bagi menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang mudah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap kursus Asas Pengaturcaraan, (ii) mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap permainan aplikasi C#VENTURE, (iii) mengenal pasti terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap kursus Asas Pengaturcaraan berdasarkan jantina dan (iv) mengenal pasti terdapat perbezaan minat pelajar terhadap permainan aplikasi C#VENTURE berdasarkan jantina. Seramai 54 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai intrumen dan diedarkan dengan menggunakan Google form. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min (4.18) secara keseluruhan bagi tahap sikap pelajar adalah pada tahap tinggi. Selain itu, tahap minat pelajar terhadap permainan aplikasi C#VENTURE secara keseluruhan juga berada pada tahap tinggi dengan skor min (4.47). Keputusan ujian t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min sikap pelajar bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Manakala, keputusan ujian t sampel bebas juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min minat pelajar terhadap permainan aplikasi C#VENTURE bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Secara kesimpulan, sikap pelajar kolej komuniti adalah positif terhadap Kursus Asas Pengaturcaraan walaupun kursus ini amat sukar dan kompleks. Seterusnya, pelajar juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan permainan aplikasi C#VENTURE dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk kursus ini. Kajian lanjutan dicadangkan untuk menjalankan kuasi experimen untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan aplikasi C#VENTURE dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Kursus Asas Pengaturcaraan. Abstract The basic programming course is one of the challenging, difficult, and complex courses for community college students at Kedah State. In this course, students must know the basic concepts and structures as well as the basic syntax of computer programming. The challenge is that students are less interested in learning theoretically and have difficulty creating programming code to solve simple programming problems. In this study, three objectives are pursued: (i) to determine students' attitudes toward the basic programming course, (ii) to determine students' interest in using the C# VENTURE application game, (iii) to determine differences in students' attitudes toward the basic programming course according to gender, and (iii) to determine differences in students' interest in the C# VENTURE application game according to gender. There were 54 participants in this study. In this study, questionnaires were used as instruments, which were distributed through Google forms. The results show that the mean score of (4.18) for students' attitudes is at a high level. In addition, students' interest in C# VENTURE application games is also high with a mean of (4.47). The results of the independent samples t-test showed that there is no significant difference in the mean attitude of students for male and female student groups. The results of the t-test for independent samples also show that there is no significant difference between the average student interest in the C# application game VENTURE for male and female student groups. In conclusion, community college students are positive towards the basic programming course, although this course is very difficult and complex. Moreover, students showed a great interest in using C# VENTURE application games in teaching and learning (T&L) for this course. It is proposed to conduct a quasi-experimental study to investigate the effectiveness of the C# VENTURE application game in teaching and learning (T&L) for the basic programming course. |
---|---|
ISSN: | 2289-7844 0127-9750 |
DOI: | 10.37134/jictie.vol10.1.2.2023 |